6 Ogos 2023, 17:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Banting – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadhillah Yusof yang juga merupakan Menteri Perladangan dan Komoditi berkata bahawa kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan kelapa sebagai komoditi negara.

Beliau akan membawa cadangan ke peringkat atasan untuk dibincangkan sama ada  cadangan tersebut boleh dipersetujui ataupun tidak dan menyatakan bahawa Lembaga Koko Malaysia akan menjaga koko dan juga kelapa jika dijadikan komoditi.

Menurut beliau lagi, terdapat cadangan dan pandangan daripada pekebun kecil khususnya di kawasan Sabak Bernam dan Tanjung Karang yang mencadangkan agar kelapa dijadikan sebagai komoditi negara.

“Cadangan oleh pekebun kecil mengenai isu ini akan dibawa ke peringkat atasan untuk dibincangkan dan dipersetujui,” katanya kepada media selepas sesi santai mesra bersama-sama pengusaha tanaman koko di kebun Lee’s Cocoa, di Tanjung Sepat, Selangor hari ini. Sesi santai mesra bersama-sama pengusaha tanaman koko ini merupakan satu daripada pengisian program trek komoditi zon Tengah Semenanjung bagi tahun 2023 anjuran KPK.

Sesi dialog bersama petani, usahawan dan komuniti koko dari sekitar negeri Selangor itu diadakan adalah untuk mendengar isu dan permasalahan sektor penanaman koko serta mendapatkan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk mempertingkat pengeluaran biji koko dan pendapatan petani.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.