Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSekinchan – Kaedah pembinaan yang lebih sistematik dengan penggunaan reka bentuk pembinaan seragam yang diperkenalkan dalam sistem binaan berkala oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi program Rumah Mesra Rakyat (RMR) dilihat mampu memacu peningkatan jumlahnya yang siap di seluruh negara.
Menurut SPNB dalam satu kenyataan media bahawa keluasan RMR telah diselaraskan dengan saiz program perumahan bersubsidi yang lain di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 750 kaki persegi di seluruh negara mulai tahun 2022.

Katanya, sebelum ini RMR mempunyai perbezaan dari segi keluasan mengikut lokaliti, iaitu 650 kaki persegi bagi kawasan pulau, 850 kaki persegi bagi negeri Sabah dan Sarawak serta 1000 kaki persegi bagi Semenanjung Malaysia.
“Penyelarasan saiz ini turut dilaksanakan oleh SPNB bagi mendepani keadaan sektor pembinaan yang kian mencabar akibat daripada masalah kenaikan harga bahan binaan dan tenaga buruh.”
Semantara itu, Timbalan Menteri KPKT, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam kenyataan yang sama berkata, pihak SPNB telah memperkenalkan enam reka bentuk baharu bagi program RMR ini yang boleh dipilih mengikut kesesuaian luas tapak pemohon.
Saya yakin menerusi reka bentuk baharu ini, penerima RMR akan berbangga dengan memanggil RMR ini sebagai rumah kediaman impian mereka kerana SPNB mengambil inisiatif untuk menghasilkan reka bentuk baharu ini menerusi maklumat dan maklum balas yang diterima dari pemohon RMR di samping mengekalkan ciri-ciri kediaman berdaya huni dan kondusif, iaitu tiga bilik tidur dan dua bilik air bagi setiap unit RMR tersebut,” jelasnya.
Tambah beliau, SPNB juga telah menambah baik proses pembinaan unit RMR ini kepada sistem yang lebih bersistematik dengan kontraktor pembinaan RMR akan menyiapkan bumbung terlebih dahulu selepas pemasangan tiang sebelum kerja-kerja bahagian dinding dan lantai dilakukan. Kontraktor dapat meneruskan kerja-kerja pembinaan dalam keadaan yang selesa walau apa-apa jua cara sekalipun sekali gus mempercepatkan tempoh penyiapan RMR menerusi proses ini.
Dalam pada itu, langkah yang diambil SPNB ini juga diharapkan dapat menjimatkan kos buruh yang bakal memberikan kesan positif terhadap pihak kontraktor dalam mencatat keuntungan dan membolehkan mereka membina lebih banyak unit RMR.
SPNB telah berjaya membina sebanyak 902 unit RMR bagi negeri Selangor bermula pada tahun 2019 hingga 2023 dengan jumlah 294 unit yang sedang dalam pembinaan pada tahun ini. Sementara itu, jumlah keseluruhan RMR yang telah siap dibina di seluruh negara adalah sebanyak 58 425 unit.
Menurut SPNB lagi, pihaknya sentiasa memberikan komitmen dalam memastikan projek penyediaan perumahan kepada seluruh rakyat di bawah seliaan KPKT diberikan keutamaan demi memperkasakan agenda perumahan serta kesejahteraan seluruh rakyat menerusi kerangka Malaysia Madani.