Oleh Abd Razak Osman
15 Julai 2023, 20:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah memperuntukkan RM278 juta di seluruh negara bagi memajukan usahawan Bumiputra dalam pelbagai aspek untuk tujuan peningkatan perniagaan.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, negeri Kedah mendapat peruntukan lebih dari RM20 juta.

“Apabila peruntukan diberikan, lebih ramai usahawan Bumiputera dapat diketengahkan untuk menjadi pengeluar barangan pelbagai produk dari kilang, termasuk produk berasaskan kecantikan yang bebas dari bahan kimia. Saya berharap semua produk kosmetik yang dikeluarkan di kilang begini boleh mendapat tempat di pasaran antarabangsa, perkara tersebut hanya boleh diicapai jika usahawan Bumiputera sendiri serius untuk memajukan perniagaan masing-masing.” Beliau berkata demikian semasa merasmikan kilang FR Qaseh Marketing Sdn. Bhd. di kawasan Kedah Halal Park dekat Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

Pengarah Urusan FR Qaseh Marketing Sdn. Bhd., Mohd Faizul Rohban berkata, setakat ini 12 produk kosmetik telah dikeluarkan di kilang itu hasil perhatian daripada pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi memudahkan menembusi pasaran.

Turut hadir Timbalan Pengarah Mara Negari Kedah, Kamaruzaman Mohamad dan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Mara Kedah, Yahaya Sani.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.