Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) merosot kepada USD111.4 bilion pada 30 Jun 2023 daripada USD113 bilion dicatatkan pada 15 Jun 2023.
BNM menyatakan bahawa paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing. Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (USD99.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (USD1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (USD5.7 bilion), emas (USD2.4 bilion) dan aset rizab lain (USD2.7 bilion).
Jumlah aset sebanyak RM622.48 bilion terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM522.05 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.59 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.60 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM60.09 bilion). BNM turut menambah modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM181.92 bilion), mata wang dalam edaran (RM160.11 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM182.29 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM6.39 bilion), deposit-deposit lain (RM38.25 bilion), kertas Bank Negara (RM19.41 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.05 bilion).