28 Jun 2023, 16:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa capaian e-Borang mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015 bagi kategori individu, majikan, perkongsian, pertubuhan dan syarikat yang melebihi tempoh tujuh tahun akan ditamatkan mulai 1 Julai 2023.

Kemudahan e-Filing bagi tahun taksiran berkenaan tidak disediakan berikutan statistik penerimaan e-Borang bagi tahun taksiran 2012 hingga 2015 melalui e-Filing yang menurun pada setiap tahun serta rujukan amalan terbaik agensi pentadbir cukai luar negara di mana kebanyakannya hanya menyediakan sistem e-Filing bagi tempoh lima tahun taksiran sahaja.

Oleh itu, pengemukaan Borang Nyata (BN) bagi tahun taksiran 2012 hingga 2015 selepas tarikh yang dinyatakan boleh dilakukan dengan menggunakan borang kertas. Borang ini boleh dimuat turun melalui capaian di portal rasmi HASiL di https://www.hasil.gov.my/ > Borang > Muat Turun Borang > Individu/Majikan/Selain Syarikat dan Selain Individu/Syarikat.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan dengan perkara ini boleh dimajukan melalui:

(a) HASiL Care Line di talian 03-8911 1000/+603-8911 1100 (luar negara)

(b) HASiL Live Chat

(c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.