Diterbitkan pada 22 Jun 2023, 07:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Nilai – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan sejumlah RM38.7 juta geran perniagaan serta kemudahan pembiayaan kepada usahawan dan koperasi Negeri Sembilan yang berdaya maju.

Geran dan pembiayaan menerusi agensi di bawah KUSKOP, antaranya SME Corporation Malaysia, SME Bank, Amanah Ikhtiar Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tekun Nasional dan Bank Rakyat itu disempurnakan sempena Program Jelajah Usahawan dan Koperasi MADANI (PJUKM 2023) di Dataran Nilai. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyatakan bahawa inisiatif berkenaan secara tidak langsung dapat memperkasakan agenda keusahawanan usahawan di peringkat negeri dan sekali gus memberi inspirasi kepada kumpulan usahawan lain.

Majlis berkenaan diadakan bersempena dengan penganjuran Karnival Negeri Sembilan (NS Fest 2023) yang berlangsung selama empat hari sehingga Ahad ini. Antara pengisian utama program termasuklah Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) yang menawarkan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan produk-produk koperasi pada kadar 20% -30% lebih rendah dari harga pasaran. Program itu selaras dengan usaha kerajaan membantu rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi