Diterbitkan pada 19 Jun 2023, 08:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) mengumumkan pulangan dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 sebanyak 10 peratus atau RM6.5 juta kepada 452 728 anggotanya berbanding RM 5.8 juta pada tahun 2021.

Pengerusi Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor menyatakan bahawa Koop Sahabat turut mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM12.6 juta, melonjak 25 peratus berbanding RM10.1 juta pada tahun 2021. Prestasi tersebut merupakan komitmen Koop Sahabat dalam menjaga kebajikan anggotanya yang merupakan usahawan wanita dalam kalangan B40 dan dapat memberi keyakinan yang kukuh kepada bakal anggota daripada kalangan Sahabat Usahawan AIM.

Beliau menambah pihaknya percaya perniagaan Koop Sahabat yang kini meliputi perkhidmatan kewangan seperti Ar Rahnu, pembangunan hartanah, pelaburan korporat, pelaburan strategik serta pelaburan dalam ekuiti awam akan terus berkembang dengan sokongan daripada anggotanya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi