Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangArau – Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap usaha untuk memperkasakan sektor pertanian di negeri Perlis akan terus diperluaskan dengan mempelopori kaedah pertanian moden serta pemasaran produk secara digital yang kini didapati berupaya untuk menguntungkan para petani dan penternak negeri ini.
Mereka juga perlu diberikan pendedahan dan bimbingan untuk meningkatkan hasil pendapatan walaupun melibatkan keluasan kawasan pertanian yang kecil.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat mengetuai program “Kayuhan MAIPs Peduli” anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Al-Mursyid, Guring, Pekan Pauh, Arau baru-baru ini. Dalam program tersebut turut diadakan simbolik Penyerahan Kutipan Tapak Wakaf MAIPs Pasar Pagi Ahad, Pauh, Arau bagi empat bulan pertama tahun 2023 berjumlahi RM2407.50.
Hadir sama mengiringi baginda dalam program tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor.