30 Mei 2023, 10:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Bharu – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi Bahagian Majalah menjalinkan kerjasama dengan Imedikel Pharma Holding Berhad yang beribu pejabat di Kota Bharu, Kelantan.

Imedikel yang mulai bekerjasama dengan DBP Wilayah Timur dalam program pemartabatan bahasa kebangsaan pada tahun ini telah membuktikan komitmen mereka dalam pelibatan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh DBP Wilayah Timur. Komitmen yang ditunjukkan memberikan keyakinan yang tinggi untuk melanjutkan kerjasama dengan DBP ibu pejabat.

Editor bersama-sama Timbalan Presiden Imedikel Pharma Holding Berhad, Puan Hasnah Zakaria dan staf DBP Wilayah Timur.

Menurut Presiden Imedikel, Tuan Haji Yusmat Mamat, Imedikel yang merupakan syarikat yang telah bertapak sejak tahun 1993 berpengalaman luas dalam bidang farmasi, penghasilan produk kesihatan berasaskan herba, makanan kesihatan tambahan dan pembekalan perkakasan kesihatan di bawah satu bumbung. Syarikat yang memiliki rangkaian farmasi di pantai timur ini juga terlibat dalam proses pengilangan produk tersendiri untuk pasaran dalam dan luar negara.

Dengan matlamat untuk melebarkan sayap farmasi dan produknya ke seluruh Malaysia, Imedikel berbesar hati dengan jalinan kerjasama erat yang terjalin antara DBP dengan Imedikel Pharma Holding Berhad dan berharap agar dapat memberikan sumbangan dalam pelbagai aspek demi mengangkat martabat usahawan bumiputera di negara ini.

Terbaharu, Imedikel terlibat secara langsung dalam program Cuit Bahasa menerusi slot Kayanya Bahasa Kita di stesen Radio Malaysia Kelantan.fm pada setiap hari Khamis, pukul 5.30 petang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.