30 Mei 2023, 08:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia merosot kepada -3.0% pada April 2023 daripada -2.9% pada Mac 2023. Penguncupan IHPR bagi April disebabkan oleh penurunan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan. DOSM juga melaporkan bahawa sektor pertanian, perhutanan dan perikanan terus menunjukkan trend negatif selama 10 bulan berturut-turut, merekodkan -26.0% berbanding -28.7% pada Mac.

Sementara itu, sektor perlombongan turut mencatatkan penurunan -4.7% pada April 2023 berbanding -11.5% pada bulan sebelumnya, kesan kejatuhan indeks pengekstrakan petroleum mentah -12.5%. Pada asas bulanan, IHPR pengeluaran tempatan mencatatkan peningkatan marginal 0.2% pada April 2023 berbanding 0.3% pada bulan sebelumnya. Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 0.8% disebabkan oleh peningkatan dalam indeks penanaman tanaman kekal (1.1%), manakala sektor perlombongan mencatatkan peningkatan 0.5% seiring dengan peningkatan indeks pengekstrakan petroleum mentah (1.5%).

Sektor pembuatan pula mencatatkan peningkatan perlahan 0.1% disebabkan oleh indeks pembuatan produk makanan (0.9%) dan pembuatan kimia dan produk kimia (0.7%). Sementara itu, sektor bekalan elektrik dan gas turun kepada -0.6% berbanding 0.5% yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, manakala sektor bekalan air kekal tidak berubah.

DOSM turut menjelaskan bahawa ketidaktentuan harga terutamanya dalam tenaga dan produk makanan memberi kesan kepada indeks harga pengeluar di kebanyakan negara. IHPR Amerika Syarikat meningkat 2.3% selepas peningkatan 2.7% pada Mac 2023 yang boleh dilihat pada permintaan makanan akhir terutamanya dalam indeks buah-buahan segar dan tembikai serta telur untuk kegunaan segar. Walau bagaimanapun, inflasi pengeluar India turun -0.9% (Mac 2023: 1.3%) pertama kali sejak Julai 2020, manakala harga pengeluar China pula turun -3.6% berbanding -2.5% pada bulan sebelumnya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.