26 Mei 2023, 08:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Semua memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara syarikat Malaysia dengan China baru-baru ini akan dinilai secara telus dan komprehensif oleh Jawatankuasa Penilaian MoU yang dianggotai oleh beberapa kementerian serta agensi berkaitan pelaburan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa kementerian yang terlibat, iaitu Kementerian Kewangan (MoF) akan mengesahkan syarikat tersebut tidak disenarai hitam di bawah MoF, manakala Kementerian Luar akan meneliti implikasi MoU terhadap dasar luar negara Malaysia. Beliau menyatakan bahawa MITI pula akan menganalisa kekuatan kewangan syarikat tempatan yang terlibat dengan MoU.

Menurutnya, agensi berkaitan pelaburan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan mengambil kira impak atau faedah yang akan diperoleh melalui MoU terhadap aspek perdagangan negara. “Dalam proses penilaian MoU, terdapat beberapa MoU telah ditolak oleh Jawatankuasa Penilaian MoU disebabkan tidak memenuhi kriteria MoU dan tidak membawa faedah ekonomi yang signifikan kepada negara.”

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.