22 Mei 2023, 14:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia(HASiL) mengadakan sesi libat urus pelaksanaan e-invois bersama-sama dengan pengamal media dan  industri. Sesi tersebut melibatkan pemain industri, media dan pempengaruh media sosial. Sesi itu diadakan bertujuan untuk memberikan input dan mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan tentang pelaksanaan e-invois.

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi dalam ucapannya menjelaskan bahawa pelaksanaan e-invois tersebut telah dibentangkan dalam Belanjawan 2023. Beliau menambah bahawa pelaksanaan e-invois ini bukan sahaja mampu menambah baik kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh pentadbir cukai, malah turut memberikan banyak manfaat terhadap pembayar cukai dari segi meningkatkan kecekapan operasi perniagaan, memudahkan urusan penyimpanan rekod dan mengurangkan kos pematuhan cukai mereka. Selain itu, pelaksanaan e-invois ini juga dapat mewujudkan transaksi perniagaan yang lebih telus sekali gus membantu kerajaan mengatasi masalah ekonomi bayangan (shadow economy) dalam urus niaga.

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Pelaksanaan e-invois ini akan diadakan secara berperingkat mulai akhir tahun 2023 seperti dalam jadual di bawah dengan memfokuskan terhadap pembangunan sistem dan projek rintis bersama-sama pembayar cukai terpilih. Penggunaannya adalah diwajibkan kepada perniagaan mengikut nilai ambang jualan secara berperingkat bermula pada Jun 2024.

 Tahun Perkara
Januari 2024 Melancarkan projek perintis bagi syarikat terpilih. Syarikat lain juga boleh melaksanakannya secara sukarela.
Jun 2024 Pelaksanaan mandatori bagi perniagaan yang mencapai nilai ambang jualan RM100 juta setahun.
Januari 2025 Pelaksanaan mandatori bagi perniagaan yang mencapai nilai ambang jualan RM50 juta setahun.
Januari 2026 Pelaksanaan mandatori bagi perniagaan yang mencapai nilai ambang jualan RM25 juta setahun.
Januari 2027 Pelaksanaan mandatori bagi semua perniagaan.

Turut sama hadir dalam sesi libat urus ini ialah YBhg. Datuk Dr. Sotimin Muhalip, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar), YBrs. Puan Wan Ramiza Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), YBrs. Encik Hisham Rusli, Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan) serta barisan pengurusan kanan HASiL. Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada HASiL melalui:

  1.  HASiL Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
  2.  HASiL Live Chat.
  3. Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.