18 Mei 2023, 14:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Phnom Penh, Cambodia – Prestasi ekonomi negeri Perlis  pasca-COVID-19 mulai menunjukkan pertumbuhan yang positif untuk pulih bagi melonjakkan semula ekonomi negeri dan rakyat dengan kadar pertumbuhan 1.5% yang dicatatkan pada tahun 2021 berbanding dengan penyusutan 6.0% pada tahun 2020.

“Berdasarkan statistik, beberapa sektor menyumbang kepada peningkatan KDNK negeri, iaitu sektor perkhidmatan yang meningkat sebanyak 2.3%, sektor pembuatan meningkat sebanyak 5.4% dan sektor pembinaan menunjukkan peningkatan sebanyak 0.2%. Melalui pencapaian ini, adalah diharapkan agar negeri Perlis akan dapat menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara melalui peningkatan dalam sektor ekonomi utama termasuklah sektor perkhidmatan dan logistik, perlombongan dan pengkuarian, pelancongan, pertanian, keusahawanan dan penjanaan ekonomi berasaskan digital serta industri.”

Demikian titah Pemangku Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan mengadakan pertemuan silaturahim dengan Puteri Norodom Arunrasmy, iaitu anakanda bongsu kepada Raja Norodom Sihanouk dan adinda kepada Raja Norodom Sihamoni baru-baru ini. Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis,  Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Puteri Arunrasmy dan suami, Keo Puth Reasmey turut meraikan Tuanku Pemangku Raja dan Tuanku Raja Puan Muda dengan santapan malam pada hari yang sama.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.