Oleh Abd Razak Osman
17 April 2023, 14:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Baling – Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam meninjau pelaksanaan dan
pematuhan terhadap Skim Harga Maksimun Musim Perayaan (SHMMP) di Pasar Raya Econsave Baling semalam.

Menurut beliau, tinjauan seumpama ini dapat memberi pelbagai kebaikan
kepada orang ramai agar membeli barangan keperluan berdasarkan SHMMP Hari Raya Puasa 2023 yang berkuatkuasa dari 15 hingga 30 April ini.

Datuk Azman Adam berbual dengan seorang pengunjung yang membeli barangan keperluan di Pasar Raya Econsave Baling semalam.

“Sepanjang tempoh itu, sebanyak 30 jenis barangan berada di bawah skim
tersebut. Pengguna dapat menikmati harga  berpatutan dan peniaga perlu mematuhi
peraturan yang dikeluarkan bagi menjayakan skim tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, kementeriannya berharap agar semua pihak mematuhi harga yang
telah ditetapkan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang berada di bawah kawalan harga.Menurut beliau lagi, “Tindakan tegas hanya diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan skim tersebut. Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.”

Yang turut hadir dalam majlis tersebut termasuklah Pengarah KPDN Negeri Kedah, Affendi Rajini Khan, Pengurus Econsave Wilayah Utara, Encik Zamzuri Mansor, Pengurus Econsave Baling, Encik Sarudin Shaari dan Penghulu Mukim Pulai, Encik Mohd Hazmir Md Isa.

Hazmir Md Isa (tengah) turut menyerahkan baucar kepada seorang asnaf terpilih di Pasar Raya Econsave Baling semalam.

Dalam program tersebut juga, Econsave Baling turut menyampaikan sumbangan baucar bernilai RM50 kepada 50 orang penduduk di daerah Baling yang terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) untuk membeli barangan keperluan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.