1 Mac 2023, 21:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin menarik perhatian umum berhubung dengan dakwaan isu kebocoran data pembayar cukai yang sedang tular di platform media sosial pada hari ini. Antara dakwaan yang diterima termasuklah segala maklumat peribadi pembayar cukai boleh dicapai dengan mudah melalui platform MyTax. Sehubungan itu, HASiL ingin menegaskan bahawa kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax adalah selamat dan terjamin kerana dilindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf.

HASiL amat memandang serius tentang isu ini dan meletakkannya sebagai keutamaan  yang tertinggi dalam usaha meningkatkan keyakinan serta kepercayaan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh HASiL dalam urusan pentadbiran percukaian. Oleh yang demikian, HASiL akan terus berusaha menambah baik mutu perkhidmatan dan bertindak secara proaktif dan telus bagi menangani isu ini.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a)  Hasil Care Line melalui talian 03-89111000/603-89111100 (Luar Negara).

b)  HASiL Live Chat.

c)  Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL melaui pautan pantas;https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.