25 Februari 2023, 00:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Kerajaan memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), khusus untuk membantu golongan B40. Sumbangan itu melibatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa inisiatif itu akan membantu isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2500, layak menerima sumbangan sehingga RM2500 bergantung kepada bilangan anak. Kerajaan juga akan memberikan sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka. Hal itu bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3100.

Beliau juga mengumumkan sebanyak dua juta belia berusia antara 18 hingga 20 tahun akan ditawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.