24 Februari 2023, 20:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Kadar cukai perusahaan mikro, kecil, sederhana (PMKS) ke atas pendapatan bercukai bagi RM150 000 pertama dikurangkan daripada 17% kepada 15%. Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pengurangan itu bermula pada tahun taksiran 2023 dan dapat memberi penjimatan sehingga RM3000 kepada setiap 150 000 pembayar cukai PMKS.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau mahukan Malaysia terkenal dengan kemudahan penjaja, gerai dan warung yang bersih dan indah. Oleh itu, pihak kerajaan  menyediakan RM50 juta bagi membina baharu dan menaik taraf melibatkan 3000 gerai dan 15 kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara. Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan dana sebanyak RM176 juta untuk menaik taraf premis dan kemudahan perniagaan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.