9 Februari 2023, 14:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Jabatan Perangkaan Malaysia menjelaskan bahawa 2022 merupakan tahun sektor pembinaan menunjukkan pemulihan sebanyak 8.8% selepas mengalami trend penurunan selama dua tahun.

Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata dalam laporannya berkata bahawa semua subsektor meningkat pada tahun 2022 dengan pertumbuhan dua angka direkodkan dalam aktiviti perdagangan khas, iaitu sebanyak 19.6% manakala bangunan bukan kediaman pula sebanyak 18.7%.

Tambah beliau lagi, subsektor kejuruteraan awam dan bangunan menunjukkan pertumbuhan positif masing-masing sebanyak 2.7% dan 3.4%. Walau bagaimanapun, jumlah nilai kerja pada tahun 2022 lebih rendah, iaitu RM121.9 bilion berbanding  sewaktu tempoh prapandemik pada 2019 yang berjumlah RM146.4 bilion.

Sektor pembinaan juga menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada suku tahun keempat 2022 dengan nilai kerja selesai sebanyak 15.71% selepas berkembang kukuh sebanyak 23.2% pada suku ketiga tahun 2022. Subsektor kejuruteraan awam, bangunan bukan kediaman dan aktiviti perdagangan khas merupakan subsektor yang menunjukkan pertumbuhan pada suku keempat dan didorong oleh pertumbuhan dua digit. Ketua perangkawan itu juga berkata subsektor kediaman juga menunjukkan peningkatan sebanyak 3.5% berbanding tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia menjelaskan bahawa daripada RM302 bilion kerja yang telah dilakukan, 37.9% bersamaan RM12.1 bilion terdiri daripada kejuruteraan awam diikuti dengan bangunan bukan kediaman sebanyak 30.1 peratus bersamaan RM9.6 bilion. Manakala, nilai kerja yang dilakukan dalam bangunan kediaman adalah sebanyak RM7 bilion bersamaan 21.8 peratus dan perdagangan khas pula sebanyak RM3.26 bilion bersamaan 10.2%. Sektor swasta merupakan pendorong utama yang menyumbang kepada pertumbuhan pembinaan pada suku keempat.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.