Oleh Suria Janib
8 Februari 2023, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya dalam media sosial Instagram rasmi beliau semalam, memaklumkan pelantikan lima individu yang akan menganggotai badan penasihat khas bagi membantu menasihati beliau selaku Menteri Kewangan.

Badan penasihat khas ini terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican. Selain Tan Sri Hassan, badan penasihat khas ini akan dianggotai oleh Pengerusi Eksekutif FVSB, Dato’ Ahmad Fuad Md Ali,  Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr. Yeah Kim Leng, Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Dato’ Profesor Ulung Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

Beliau mengulangi pendirian bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

Tindakan  yang sama turut dilakukan oleh beliau sebelum ini apabila beliau melantik Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, yang juga anaknya, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada PM tanpa menerima apa-apa bayaran, yang berkuat kuasa pada 3 Januari lalu.

Sumber gambar: Facebook rasmi YAB Perdana Menteri

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.