15 Januari 2023, 10:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sabak Bernam – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Yang Berhormat Ng Suee Lim, telah melancarkan kempen “Visit Sekinchan 2023” bertempat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan, semalam. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (HLB), Domenic Fuda dan Ketua Pegawai Eksekutif (PayNet), Farhan Ahmad.

Sekinchan yang terletak di daerah Sabak Bernam, Selangor merupakan kampung tanpa tunai pertama di Malaysia. Hong Leong Bank (HLB) dan Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) telah bekerjasama di bawah projek “Cashless Kampung” yang dilancarkan pada Julai tahun lalu.

Projek ini dilancarkan dengan objektif untuk  memastikan 24 000 orang penduduk Sekinchan dibantu dalam pembukaan akaun bank, mengeluarkan kad debit dan berhubung dengan bank secara digital tanpa perlu mengunjungi cawangan perbankan berkenaan. HLB juga menyediakan 800 perniagaan kit permulaan HLB DuitNow secara berperingkat kepada komuniti perniagaan termasuk sekolah. Kit yang merangkumi Kod QR DuitNow itu memudahkan peniaga menerima bayaran secara Kod QR, atau tanpa sentuh menerusi aplikasi perbankan mudah alih dan e-Dompet.

Kami berharap ini akan membantu membina komuniti Sekinchan yang berkembang maju dan meningkatkan popularitinya sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan kemudahan tanpa tunai buat pengunjung,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.