29 September 2022, 08:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Tawau – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merancang mewujudkan 177 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) baharu  di kawasan Dewan Undangan Negeri yang masih belum mempunyai pusat berkenaan.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Datuk Seri Mohammad Mentek menyatakan bahawa terdapat 911 PEDi di seluruh Malaysia yang menjadi pusat yang dapat membantu memberi lonjakan baharu kepada ekonomi rakyat. Tujuan PEDi diwujudkan adalah untuk melatih usahawan kecil dan sederhana. Masyarakat setempat hanya perlu membayar RM5 sekali seumur hidup dan mereka boleh mendapatkan bantuan khidmat nasihat kerana pihak kementerian menyediakan tenaga pengajar.
Beliau menggesa masyarakat supaya memanfaatkan PEDi yang ada di kawasan masing-masing untuk belajar dan meningkatkan sumber pendapatan keluarga. Mereka boleh mempelajari tentang penggunaan teknologi maklumat dan strategi pemasaran produk dalam talian. Beliau turut menambah bahawa ramai usahawan yang menggunakan PEDi telah berjaya menjana menghasilkan pendapatan berganda dan tinggi menerusi platform e-dagang. 
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.