Kuala Lumpur – Lang International Corporate Titan Awards (LICTA) 2021 yang bertemakan “Di Mercu Keunggulan” berlangsung meriah malam tadi di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur.
LICTA 2021 memberikan pengiktirafan kepada perusahaan yang “Cemerlang, Tulen dan Boleh dipercayai“ dan dijulang sebagai perusahaan “Di Mercu Keunggulan” mengikut kategori dalam bidang masing-masing. Melalui usaha dan pengiktirafan ini, LICTA akan menjadi sumber rujukan yang dipercayai dalam kalangan rakan perniagaan, pelabur, bank, dan sebagainya.
Majlis berprestij tersebut dirasmikan oleh YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang). Majlis berprestij ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohd. Rashid Hasnon, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat; YBhg. Dato’ Lee Chee Weng, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan LICTA; Dato’ Sri Syed Hussein Al Habshee, Pengerusi SME Corporation Malaysia (SME Corp); Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); YB Senator Datuk Seri Zurainah Musa, Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS); YBhg. Haji Zazali Haron, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia; Datuk Wira (Dr.) Rosli Mat Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia; Tan Sri Dato’ Chang Ko YounPengerusi Malaysia Hawker and Trader Foundation (YPPKM); Tuan Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp.); Tuan Zaky Moh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., dan Tuan Yahaya Sani, Pengarah Pembangunan Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
LICTA menjadi majlis anugerah berprestij sejak tahun 2018. Perkataan “lang” diambil daripada perkataan Bahasa Melayu, “helang”. L.A.N.G. merupakan akronim bagi lead (memimpin), accelerate (menggalakkan), nurture (memupuk), dan growth (berkembang).
Lagak helang ialah lambang kepada keberanian seperti kata pujangga, “semua burung mencari tempat berlindung ketika hujan, tetapi helang menghindari hujan dengan terbang di atas awan“. Keberanian ialah kunci kejayaan.
LICTA 2021 menyaksikan sebanyak 42 buah syarikat menerima anugerah istimewa mengikut kategori dan bidang perniagaan masing-masing. Penjurian pada kali ini dibuat berdasarkan kuantiti dan kualiti yang memenuhi lima kriteria, iaitu:
Kebolehpercayaan atau kredibiliti dan integriti.
Kedudukan dan kekukuhan kewangan.
Pertumbuhan serta pembangunan perniagaan.
Impak positif yang tinggi kepada masyarakat.
Faktor-faktor lain yang memperlihatkan kekuatan dari sudut dimensi yang dinyatakan.
Penerima LICTA 2021 adalah seperti yang berikut:
Anugerah Berlian
Tenaga Nasional Berhad (Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik)