8 Mei 2022, 09:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kota Bharu – Kadar inflasi negara 2.2% pada Mac 2022 dilihat masih rendah jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat (AS) yang mencatat inflasi pada kadar 8.5% dan Eropah 7.5%. Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Dato’ Seri Mustapa Mohamed menyatakan bahawa negara dijangka menghadapi tekanan inflasi susulan kenaikan indeks harga pengeluar IHPR 11.6% pada Mac serta tekanan kadar inflasi di peringkat global.
“Pada Mac, IHPR ialah 11.6% manakala  IHPR pada Februari mencatakan 9.7%. Terdapat peningkatan kira-kira 2%. “Jadi, apabila berlaku kenaikan pada Mac, biasanya ia akan menyebabkan inflasi, jadi kerajaan sedang pantau perkara ini.”
Beliau menambah bahawa kenaikan IHPR itu dijangka mempengaruhi, mengakibatkan berlaku kenaikan kadar inflasi pada April dan Mei depan. Susulan itu, jelasnya, kerajaan akan terus melaksanakan langkah kawalan harga ke atas bahan keperluan tertentu dan memberi subsidi bagi diesel, petrol, minyak masak dan gas LPG, bagi mengurangi kesan inflasi tersebut. Untuk rekod, kadar inflasi negara pada 2019 ialah 0.7%, 1.1% pada tahun 2020, 2.5% pada tahun lepas dan 2.2% pada Mac tahun ini.
Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi di Malaysia meningkat 2.2% kepada 125.6 pada Mac, berbanding 122.9 pada bulan sama tahun sebelumnya. Selain itu, peningkatan harga baja dan racun berlaku  disebabkan bahan berkenaan yang diimport.
Kenaikan itu dipengaruhi kesan inflasi di Eropah dan AS serta kenaikan kadar faedah di AS sebanyak 0.5%. Faktor lain yang turut menyumbang kenaikan harga komoditi seperti gandum dan jagung ialah dipengaruhi kesan peperangan Rusia dan Ukraine.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.