Oleh Ritah Yahaya
19 April 2022, 09:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna hari ini telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Jualan Malaysia (PJM) Tahun 2022 Jom Shop Raya  di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jalan TAR sememangnya tidak asing kepada rakyat Malaysia sebagai ikon membeli-belah keperluan hari raya sejak dahulu lagi. Namun, pada tahun 2020 dan 2021, jualan para peniaga di sekitar Jalan TAR mengalami kemerosotan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sempadan akibat pandemik COVID-19. Perniagaan banyak yang terjejas akibat kekurangan pelanggan, terutamanya dari luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk membeli belah di JTAR.

Kerajaan menyedari dan simpati akan masalah yang dihadapi para peniaga JTAR, terutamanya peniaga kecil. Oleh itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Batu Road Retailers Association (BARRA) melancarkan program Jom Shop [email protected] J.T.A.R. bersempena dengan Program Jualan Malaysia (PJM) Tahun 2022.

KPDNHEP  bersetuju untuk menyalurkan sumbangan sebanyak
RM300 000.00, termasuklah baucar hadiah berjumlah RM200 000.00 kepada pihak BARRA untuk menggerakkan kempen promosi jualan JJom Shop Raya ini. Langkah ini dilihat perlu untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang dialami rakyat, khususnya daripada golongan B40 untuk membuat persiapan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Program Jom Shop Raya ini dilaksanakan selama sebulan bermula 16 April hingga 15 Mei 2022. Program ini merupakan  usaha berterusan kerajaan ke arah pemulihan ekonomi negara, khususnya sektor peruncitan selain mengembalikan keyakinan pengguna untuk keluar berbelanja di sekitar Jalan TAR dalam keadaan selamat.

Program ini merupakan kesinambungan konsep PJM sejak tahun 2020, iaitu Recovery (pemulihan),
Revitalise (merancakkan) dan Revive (menghidupkan semula) sektor peruncitan yang merupakan penyumbang utama  ekonomi rakyat dan KDNK negara.

Untuk mengembalikan suasana kemeriahan perayaan aidilfitri,
KPDNHEP akan meningkatkan kerancakan PJM Aidilfitri melalui Program Rancak Aidilfitri di AEON Nilai, Negeri Sembilan yang akan dilaksanakan dari 23 April hingga 1 Mei 2022. Program ini memberikan peluang kepada ahli Keluarga Malaysia untuk membeli pelbagai barang seperti baju, makanan, minuman, barangan elektrik, dan pelbagai barangan keperluan hari raya pada harga yang sangat berpatutan.

Program Jualan Malaysia (PJM) telah dirangka sejak bulan Januari 2022 yang dimulakandengan Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan akan berlangsung sepanjang tahun hingga bulan Disember 2022.

PJM akan menawarkan jualan murah yang merangkumi Segmen Musim Perayaan, Segmen Jualan Mega, Jualan Akhir Tahun dan Segmen Jualan Khusus dengan lapan program utama yang  dirancang dan diselaraskan oleh KPDNHEP di seluruh negara dan menyasarkan nilai jualan sebanyak RM500 bilion bagi sektor peruncitan pada tahun 2022.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!