18 April 2022, 08:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Petaling Jaya – Malaysia Aviation Group (MAG) kini berada di landasan tepat untuk mencatat semula keuntungan pada tahun depan dan mencecah paras jualan tiket sebelum pra-pandemik seawal tahun 2024. Ketua Pegawai Kelestariannya,  Philip See menyatakan bahawa jangkaan tersebut berdasarkan prestasi suku pertama berbanding rancangan belanjawan kumpulan tersebut.
Jualan tiket prapandemik kumpulan itu berjumlah sehingga RM10 bilion yang mana 3 hingga 4 daripadanya ialah hasil sampingan. Menurutnya, ketika pelaksanaan langkah penstrukturan semula kumpulan, usaha penyusunan semula lembaran imbangan yang substantif telah dijalankan bagi menjadikannya lebih kompetitif dan berdaya tahan dengan menambah aspek kepelbagaian terhadap struktur terasnya.

“Teras keuntungan itu adalah untuk mempelbagaikan perniagaan, sama seperti perniagaan kargo kami yang mencatat prestasi agak memberangsangkan ketika tempoh pandemik. Kami berharap momentum itu akan berterusan dan seiring dengan pemulihan perjalanan udara.”
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.