8 April 2022, 08:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia melancarkan promosi tempat duduk percuma yang menawarkan tempat duduk percuma bagi kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa menerusi airasia Super App.
Tempat duduk itu tersedia untuk tempahan dari 9-17 April 2022 bagi perjalanan dari 12 Sept 2022 hingga 25 Mac 2023.
Antara destinasi yang menawarkan promosi itu ialah domestik termasuk Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Sibu, manakala destinasi antarabangsa termasuk Singapura, Phuket, Medan, Jakarta, Bangkok, Ho Chi Minh City dan Siem Reap. Sementara itu, tambang termasuk semua untuk promosi itu ke destinasi domestik bermula daripada RM23 sehala, manakala untuk destinasi antarabangsa adalah daripada RM69 sehala.

Ketua Pegawai Komersial AirAsia, Mai Yin Tan menyatakan bahawa berikutan pembukaan semula sempadan Malaysia pada 1 April serta sempadan negara jiran di rantau ASEAN, terdapat peningkatan mendadak dalam permintaan penerbangan domestik dan antarabangsa di semua platform AirAsia.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.