27 Mac 2022, 08:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru usahawan agar menguasai pelbagai teknologi baharu khususnya pendigitalan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana. Beliau menyatakan bahawa segenap rangkaian ekonomi kini berdepan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang membawa pelbagai teknologi baharu.

Sehubungan itu,  kerajaan menyedari perkembangan itu dan mempergiatkan persediaan rapi termasuk menyediakan MyDIGITAL. “MyDIGITAL merupakan satu inisiatif yang mencerminkan aspirasi kerajaan mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, berpacukan pendigitalan dan sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital. “Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar 4IR menggariskan usaha serta inisiatif dalam mencapai aspirasi MyDIGITAL,” katanya ketika berucap merasmikann Hari Usahawan Negara (HUN) 2022, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Beliau juga berharap usahawan menguasai teknologi baharu ini khususnya pendigitalan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam dunia arus yang sedang berkembang pesat. Beliau menambah pendigitalan juga dapat membantu produk dari luar bandar menembusi pasaran yang lebih luas.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!