3 Mac 2022, 08:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen Simpanan Konvensional sebanyak 6.10% selepas mencatatkan prestasi kukuh dalam operasi dan kewangan bagi tahun 2021.

Kadar dividen bagi Simpanan Shariah pula ialah  5.65%. Agihan dividen ialah sebanyak RM56.92 bilion, iaitu RM50.45 bilion bagi Simpanan Konvensional dan RM6.47 bilion bagi Simpanan Shariah.

Kadar dividen KWSP 2021 bukan sahaja jauh lebih tinggi daripada kadar 2020 iaitu 5.2% dan 4.9%, malah mengatasi agihan pendapatan lima sen seunit oleh Amanah Saham Bumiputera (ASB) perdana Permodalan Nasional Bhd untuk tahun 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif KWPS, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyatakan bahawa keseluruhan aset pelaburannya meningkat kepada RM1008 trilion pada 2021, meningkat 0.8% tahun ke tahun daripada RM1 trilion pada 2020.

Pada Februari 2021, KWSP berkata keseluruhan aset pelaburannya meningkat 7.9% kepada RM998 bilion daripada RM924 75 bilion pada tahun 2019.  Data KWSP menunjukkan kira-kira 7.3 juta ahli KWSP telah memohon sekurang-kurangnya satu atau ketiga-tiga pengeluaran khas berkaitan COVID-19, iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, yang secara kolektif menyaksikan RM1009 bilion dikeluarkan daripada KWSP antara April 2020 dan Februari 2022.

Jumlah yang tidak disimpan dengan KWSP meningkat kepada RM110 bilion apabila termasuk RM9 bilion yang dikeluarkan kepada ahli kerana pengurangan kadar caruman berkanun pekerja (daripada 11% kepada 7% dari April hingga Disember 2020, dan daripada 11% kepada 9% dari Januari 2021 hingga Jun 2022).

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir menyatakan bahawa KWSP telah berjaya kekal stabil dan berdaya tahan bagi tahun 2021 disebabkan kedudukan portfolio yang kukuh dan pelaburan di pelbagai peringkat global.

“Pengeluaran sebanyak RM101 bilion akibat pandemik telah menyebabkan 48% ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM10 000 dalam akaun mereka. KWSP berharap dividen ini dan prestasi berterusan KWSP akan membantu  dalam memulakan proses membina semula simpanan persaraan ahlinya ketika pemulihan ekonomi berlaku tahun ini,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

KWSP telah mengimbangi semula dan mengurus portfolio pelaburannya dengan membeli saham yang kukuh pada harga yang menarik selain memanfaatkan pelaburan luar negara yang menyumbang 56% kepada pulangan keseluruhan bagi tahun 2021.

Setakat 31 Disember 2021, KWSP telah mencatat peningkatan 6% dalam jumlah pendapatan pelaburan kasar kepada RM67.06 bilion daripada RM63.45 bilion pada tahun 2020.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.