Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangTidak lama lagi, masyarakat pengguna di India akan memperoleh maklumat pantas berkaitan dengan kandungan bahan makanan yang ingin dibeli hanya dengan melihat pada muka depan pek bungkusan makanan.
Food Safety and Standards Authority of India (FSSAI) sedang memulakan sistem penarafan bintang untuk makanan berbungkus seperti yang dilakukan oleh Bureau of Energy Efficiency di negara itu bagi peralatan elektronik.
Berdasarkan sistem penarafan Bintang Kesihatan atau Health Star ini, muka depan pek bungkusan makanan akan memaparkan bilangan bintang depan bungkusan, menunjukkan tahap sihat atau tidak sihatnya makanan tersebut bergantung pada jumlah garam, gula dan lemak yang ada padanya.
Penarafan Bintang Kesihatan ialah satu daripada lima jenis pelabelan yang diperkenalkan, antaranya termasuklah tanda lampu isyarat, skor pemakanan dan simbol amaran. Penarafan Bintang kesihatan akan dilancarkan dalamĀ tempoh beberapa bulan lagi.
FSSAI memperkenalkan peraturan itu berdasarkan laporan daripada Indian Institute of Management Ahmedabad. FSSAI mengupah institut tersebut pada tahun 2021 untuk menjalankan kajian tentang kesan pelabelan muka depan pekĀ makanan yang dibungkus dan diproses di India.