Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangNombor pengenalan cukai atau Tax Identification Number (TIN) ialah nombor cukai pendapatan yang digunakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) untuk mengenal pasti pembayar cukai. Setiap TIN adalah unik dan setiap pembayar cukai akan mempunyai TIN yang berbeza.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh HASiL pada hari ini, cadangan melaksanakan TIN ini bukanlah baharu, sebaliknya dibentangkan dalam Belanjawan 2020, dan sepatutnya mula dilaksanakan pada bulan Januari 2021. Namun demikian, atas sebab-sebab tertentu seperti persediaan sistem dan prosedur berkaitan, maka pelaksanaannya ditangguhkan dan hanya akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2022 seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2022.
Kepada siapakah TIN ini akan diberi? Berdasarkan penjelasan oleh HASiL dalam beberapa siri seminar percukaian pada bulan November 2021 yang lalu, TIN akan diberi kepada:
Bagaimanakah pula TIN ini akan diproses dan diberi kepada pihak atau individu berkenaan? Yang berikut merupakan kaedah pemprosesan TIN:
Bagi memudahkan orang ramai mengetahui dan merekodkan nombor TIN mereka, HASiL menyediakan lima kaedah penyemakan seperti yang berikut:
Secara asasnya, mulai 1 Januari 2022 penggunaan TIN akan diwajibkan kepada pembayar cukai untuk urusan seperti yang berikut:
Urusan yang melibatkan transaksi di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976). Hal ini bermakna semua pihak yang melakukan pelupusan dan pemerolehan harta tanah atau syer syarikat harta tanah perlu mempunyai nombor TIN dalam borang nyata dan dokumen seperti yang berikut:
Urusan penyeteman dokumen dan surat cara di bawah Akta Setem 1949 selaras dengan peruntukan seksyen 77C Akta Setem 1949 yang baharu diperkenalkan. Bagi pembayar duti yang masih belum mempunyai nombor TIN, mereka tidak perlu bimbang kerana urusan penyeteman masih boleh diteruskan. Dalam hal ini, sistem STAMPS akan membuat pendaftaran secara automatik nombor TIN mereka berdasarkan maklumat yang diisikan dalam sistem tersebut. Manakala, bagi pembayar duti yang telah mempunyai nombor TIN, tetapi tidak mengingati nombor berkenaan pula, sistem STAMPS akan memaparkan nombor TIN berkenaan selepas mereka mengisi nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat.