1 Disember 2021, 09:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Amalan menabung dan pelaburan telah dilihat menjadi satu inisiatif yang boleh membantu masyarakat di saat dunia masih bergelut dengan krisis COVID-19. Menurut Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, ramai rakyat terpaksa mengeluarkan duit simpanan kerana mahu meneruskan kelangsungan kehidupan dan mahu menjadikan modal untuk menjana pendapatan.

Rata-rata penduduk terjejas sumber pendapatan dan kehilangan pekerjaan akibat penularan wabak COVID-19 yang kini telah mengakibatkan kematian lebih 28 000 kematian di Malaysia.”

“Sehubungan dengan itu, banyak inisiatif dan bantuan telah disalurkan oleh pelbagai agensi seperti Majlis Agama Islam Negeri dan pihak lain untuk membantu meringankan bebanan kewangan yang dihadapi oleh masyarakat.”

“Sebagai contoh, peningkatan pengeluaran portfolio simpanan dan pelaburan sepanjang tempoh pandemik ini juga telah membuktikan kepentingan menabung kerana boleh membantu di saat mengalami kesukaran.

Demikian titah Tuanku Raja Muda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena program berbasikal MAIPs Peduli Khas COVID-19 di Guar Sanji, Arau.

Antara penerima Bantuan Fitrah MAIPs yang sempat disantuni oleh Tuanku Raja Muda pada kayuhan kali ini ialah Mohd Saad Ali dan Aishah Abdullah. Mereka tidak dapat bekerja kerana sakit. Mereka tinggal bersama-sama dengan keluarga dan menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700 beserta kit MAIPs Peduli yang berisi makanan asas dan beras fidyah.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.