24 September 2021, 16:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin mengumumkan bahawa Indeks Harga Pengguna (IHP) telah meningkat 2.0 peratus pada Ogos lalu kepada 122.5 berbanding dengan 120.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Peningkatan ini didorong oleh kenaikan dua digit dalam kumpulan pengangkutan, iaitu 11.0 peratus berikutan penetapan harga siling petrol RON95 kepada RM2.05 seliter bermula Mac 2021 berbanding harga purata RM1.68 pada Ogos 2020.”

Penerbitan penuh IHP, Ogos 2021 boleh dimuat turun di portal eStatistik.

“Perkara ini diikuti oleh hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (1.7 peratus), makanan dan minuman bukan alkohol (1.2 peratus), perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (0.7 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (0.6 peratus),” ujar beliau.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, bagi perbandingan bulanan, IHP kekal tidak berubah berbanding dengan Julai 2021. Hal ini kerana, kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lainHP masing-masing meningkat 0.1 peratus, namun diimbangi dengan penurunan bagi pengangkutan (-0.1 peratus) dan pendidikan (-0.1 peratus).

“Penetapan harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol oleh kerajaan yang berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu sedikit sebanyak meredakan inflasi bagi subkumpulan minyak dan lemak daripada 0.2 peratus kepada negatif 0.4 peratus pada Julai 2021,” ujar beliau.

Indeks teras turut meningkat 0.6 peratus pada Ogos 2021 berbanding dengan bulan yang sama tahun sebelumnya.

Tambah beliau, indeks teras meliputi semua barang dan perkhidmatan kecuali item makanan segar yang mempunyai harga tidak menentu serta harga yang dikawal.

“Peningkatan ini telah disumbangkan oleh kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (1.7 peratus), pengangkutan (0.7 peratus), perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (0.7 peratus), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (0.6 peratus), restoran dan hotel (0.6 peratus) dan kesihatan (0.3 peratus),” ujar beliau dalam sidang akhbar hari ini.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!