17 September 2021, 13:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Presiden Jokowi antara yang didapati bersalah dalam menangani isu indeks kualiti udara di Jakarta.

Jakarta – Pencemaran udara yang melanda jelas memberikan gambaran negatif terhadap infrastruktur industri, perniagaan dan sistem pengangkutan di Jakarta.

Imej ekonomi negara ini turut terjejas apabila pencemaran tersebut memberikan impak pada sektor ekonomi yang lain, seperti pelancongan dan kesihatan rakyatnya.

Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Presiden Jokowi kini didapati bersalah oleh mahkamah disebabkan kecuaian dalam menangani kesan pencemaran udara di Jakarta.

Selain daripada Presiden Jokowi, terdapat tiga menteri lain yang turut terlibat dalam kesalahan sedemikian, iaitu Menteri Perhutanan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kesihatan.

Kualiti udara merupakan antara penggerak utama dalam pemantauan landskap ekonomi bagi sesebuah negara.

Dalam permasalahan isu ini, tindakan perundangan telah dilakukan susulan tuntutan yang dikemukakan oleh 32 orang penduduk Jakarta pada tahun 2019 apabila bandar tersebut menduduki tangga terakhir pada Indeks Kualiti Udara Antarabangsa.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.