8 September 2021, 18:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR- Harga runcit petrol RON95 dan diesel masih kekal, manakala RON97 naik kepada RM2.73 seliter mulai 9 hingga 15 September 2021. Harga RON95 didapati kekal pada harga RM2.05 dan diesel pula RM2.15.

Menurut kenyataan dari Kementerian Kewangan, kerajaan akan mengawal aliran kenaikan harga minyak global dengan mengekalkan harga siling RON95 pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter untuk diesel, walaupun berlaku kenaikan harga minyak dalam pasaran dunia.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya memaklumkan bahawa harga yang ditetapkan tersebut berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Bagi melindungi pengguna daripada peningkatan harga minyak, kerajaan mengekalkan harga siling RON95 dan diesel walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk itu sudah meningkat, iaitu melebihi harga siling yang ditetapkan.

Kementerian Kewangan turut menyatakan bahawa kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dengan mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.