8 September 2021, 09:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Setakat 30 Ogos 2021, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat A.S.$116.3 bilion berbanding dengan A.S.$11.3 bilion pada 13 Ogos lalu.

Paras rizab yang lebih tinggi ini dapat mencerminkan, terutamanya peruntukan tambahan Hak Pengeluaran Khas (SDR) kepada Malaysia berjumlah A.S.$5.0 bilion oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Peruntukan SDR ini jelas dapat menyediakan mudah tunai tambahan kepada sistem kewangan global, memperkukuh rizab, meningkatkan keyakinan, dan memperkuat daya tahan ekonomi dunia.

Mengulas lebih lanjut, bank pusat berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri dalam tempoh yang singkat.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (A.S.$103.4 bilion), kedudukan rizab IMF (A.S.$1.4 bilion), SDR (A.S.$6.1 bilion), emas (A.S.$2.2 bilion), dan aset rizab lain (A.S.$3.2 bilion).

Menurut BNM lagi, aset berkenaan merangkumi emas, tukaran asing dan rizab lain, termasuklah SDR yang berjumlah sehingga RM483.60 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.12 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM841.62 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM21.77 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset lain (RM15.31 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM185.35 bilion), mata wang dalam edaran (RM143.84 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM143.44 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM13.43 bilion), deposit lain (RM8.73 bilion), kertas Bank Negara (RM7.87 bilion), peruntukan SDR (RM28.84 bilion), dan liabiliti lain (RM5.2 bilion).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.