3 September 2021, 10:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Menurut kajian daripada firma penyelidikan, MQ Research mengenal pasti bahawa sistem percukaian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dapat meluaskan asas dan kutipan cukai negara.

Kerajaan perlu mengambil kira faktor tempoh yang bersesuaian bagi memperkenalkan semula cukai tersebut. Hal ini sangat penting untuk memulihkan ekonomi negara yang terkesan disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19.

Meskipun begitu, terdapat beberapa tentangan daripada penggiat industri terhadap pengenalan GST pada tahun 2022.

“Pengenalan semula itu boleh dilakukan apabila ekonomi kembali stabil pada tahun 2023 atau 2024 dengan kadar yang lebih rendah, iaitu tiga peratus,” jelas MQ Research dalam satu nota kajian.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.