2 September 2021, 19:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Hari ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah memberikan bantuan sebanyak 200 bakul makanan menerusi Program CSR Hasil Prihatin kepada rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 di sekitar kawasan Cheras.

Bantuan bakul makanan tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohamad Fauzi Saat, Pengarah Negeri LHDNM Wilayah Persekutuan Putrajaya di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena kepada wakil penduduk untuk diserahkan kepada para penerima yang telah dikenal pasti di sekitar kawasan Cheras, termasuklah penduduk daripada Program Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, Flat Taman Kobena, Flat Taman Pertama dan Flat Sri Sabah.

Program ini turut dihadiri oleh Encik Nasruddin Mat Nasir, Pengarah Cawangan LHDNM Cheras, Ustaz Syed Abdullah Syed Nordin, wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Tuan Haji Noor Zakri Nuruddin, Pengerusi Masjid As-Sodiqin.

Program CSR Hasil Prihatin ini telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada 31 Julai 2021 yang lalu sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial LHDNM dalam menyantuni rakyat yang memerlukan bantuan, khususnya golongan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19. Program ini juga merupakan usaha berterusan LHDNM dalam memberikan sokongan kepada golongan rentan agar mereka tidak berasa terpinggir.

Hingga kini, sebanyak 5 670 bakul makanan telah diagihkan. Usaha ini akan diteruskan oleh semua cawangan LHDNM di seluruh negara sebagai komitmen organisasi tersebut untuk meringankan bebanan segenap lapisan rakyat.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.