26 Ogos 2021, 10:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

PUTRAJAYA – Demi memastikan kelangsungan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terjaga dan terpelihara, kerajaan akan sentiasa cakna terhadap pemantauan kesan perubahan harga minyak mentah dunia dari semasa ke semasa.

Terkini: Harga runcit produk Petroleum bagi tempoh 26 Ogos hingga 1 September 2021.

Dalam kenyataan, perubahan hanya dilakukan pada harga petrol RON97, iaitu menurun sebanyak 2 sen seliter. Walau bagaimanapun, bagi harga runcit petrol RON95 dan diesel masih kekal, iaitu RM2.05 dan RM2.15 seliter, masing-masing.

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa harga runcit produk petroleum dilaksanakan berdasarkan penetapan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) secara mingguan.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel pada paras harga siling, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.