Diterbitkan pada 3 Julai 2024, 21:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur  Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95, serta diesel masing-masing kekal pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter bagi tempoh 4 Julai hingga 10 Julai.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini oleh Kementerian Kewangan, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan turut memaklumkan bahawa kadar tersebut berdasarkan penetapan harga produk petroleum yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.” Demikian menurut kenyataan media oleh Kementerian Kewangan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi