Diterbitkan pada 2 Januari 2024, 22:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan secara rasmi pada pagi ini mampu mengelakkan ketirisan dalam pemberian bantuan dan subsidi kepada golongan yang benar-benar layak.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa sistem PADU akan membantu pihak kerajaan mengenal pasti golongan yang layak untuk menerima bantuan subsidi. Langkah ini diambil kerana pada masa ini kerajaan menanggung jumlah subsidi yang tinggi, iaitu sebanyak RM80 bilion. Tambah beliau, pihak kerajaan perlu menguruskan kewangan negara dengan berhemah agar semua lapisan masyarakat dapat menikmati kemakmuran negara.

YAB Perdana Menteri turut menyatakan bahawa sistem PADU  menunjukkan keupayaan negara dan penyertaan masyarakat secara keseluruhan dalam transformasi digital. Pada masa yang sama, beliau juga mahu isu kesenjangan dapat dikurangkan dengan memastikan golongan miskin bandar dan pedalaman tidak tercicir daripada menerima manfaat transformasi berkenaan.

Sistem PADU dibuka kepada pengguna bagi membolehkan pengemaskinian dibuat secara dalam talian bermula 2 Januari hingga 31 Mac depan. PADU merangkumi profil individu yang mengandungi maklumat asas demografi, alamat, pendidikan, isi rumah, pekerjaan, pendapatan, komitmen dan bantuan yang diterima.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi