Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kerajaan memperuntukan RM393.8 bilion dalam Belanjawan 2024 yang dikenali sebagai Belanjawan Madani Kedua yang menyaksikan belanjawan tersebut merupakan belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan dalam sejarah negara.
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan menyatakan bahawa RM303.8 bilion merupakan belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka. Perbelanjaan tersebut melibatkan penambahan siling Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebanyak RM15 bilion lagi dan menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk tempoh lima tahun.
Penambahan ini menunjukkan bahawa kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal yang mengembang walaupun pada masa yang sama bertanggungjawab mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat.