Diterbitkan pada 13 Oktober 2023, 22:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kerajaan memperuntukan RM393.8 bilion dalam Belanjawan 2024 yang dikenali sebagai Belanjawan Madani Kedua yang menyaksikan belanjawan tersebut  merupakan belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan dalam sejarah negara.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan menyatakan bahawa RM303.8 bilion merupakan belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka. Perbelanjaan tersebut melibatkan penambahan siling Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebanyak RM15 bilion lagi dan menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk tempoh lima tahun.

Penambahan ini menunjukkan bahawa kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal yang mengembang walaupun pada masa yang sama bertanggungjawab mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi