Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui agensinya, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengumumkan inisatif tambahan pengurangan kompaun bagi menyokong komuniti perniagaan dan korporat melalui fasa pemulihan pada ketika ini.
Menurut SSM, inisiatif pengurangan kompaun di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 itu melibatkan pengurangan kompaun sebanyak 90% daripada nilai asal bagi Seksyen 68 (2) dan Seksyen 68 (3) Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 kepada pemilik Perkongsian Liabiliti Terhad yang telah ditawarkan kompaun dan telah patuh.
Dalam satu kenyataan media semalam, beliau menyatakan bahawa inisiatif tersebut berkuat kuasa mulai 3 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023 yang bakal memanfaatkan 16 765 Perkongsian Liabiliti Terhad.
Inisiatif ini juga adalah selaras dengan usaha SSM bagi mendorong pematuhan perundangan di samping mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia selain diharapkan dapat membantu komuniti perniagaan dan korporat untuk meneruskan perniagaan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar pascapandemik COVID-19 kini.
Terdahulu, SSM juga telah mengumumkan lapan inisiatif bagi membantu pemulihan ekonomi negara 2023 termasuklah tiga inisiatif pengurangan kompaun pada awal tahun ini.
Untuk maklumat lanjut berkaitan insiatif ini, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-77214000 atau e-mel ke [email protected].
Sumber gambar: Suruhanjaya Syarikat Malaysia