Diterbitkan pada 21 Jun 2023, 20:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM49.33 bilion dan RM29.56 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan mengadakan tender pasaran wang konvensional melibatkan sejumlah RM1.5 bilion selama tujuh hari dan satu tender Program Murabahah Komoditi RM100 juta bertempoh 14 hari. BNM juga akan menjalankan dua tender repo berbalik yang terdiri daripada tender RM1 bilion (30 hari) dan tender RM500 juta (92 hari).

Selain itu, bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan. Pada pukul 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM48.3 bilion bagi tender semalaman konvensional dan RM28.5 bilion untuk tender semalaman Murabahah.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi