Diterbitkan pada 26 Jun 2023, 23:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuching – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah meneruskan usaha untuk memberikan kefahaman mengenai pelaksanaan sistem e-invois kepada hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada para pengamal percukaian, badan profesional dan media Zon Sarawak di Hotel Pullman Kuching, Sarawak. YBrs. Encik Hisham Rusli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) menyatakan bahawa perniagaan yang mencapai nilai ambang jualan melebihi RM100 juta setahun akan menjadi kumpulan sasaran pertama yang terlibat dengan pelaksanaan e-invois HASiL secara berperingkat mulai tahun 2024 yang pelaksanaannya adalah mandatori untuk semua perniagaan menjelang tahun 2027 nanti.

Pelaksanaan e-invois ini merupakan salah satu usaha ke arah Compliance-by-Design bagi meningkatkan tahap pematuhan cukai secara menyeluruh dan automatik yang dibangunkan berdasarkan pengalaman dan amalan terbaik pentadbir percukaian antarabangsa. Sehingga kini, sesi libat urus mengenai pelaksanaan e-invois telah diadakan di Lembah Klang pada 22 Mei 2023 dan di Zon Utara pada 9 Jun 2023 yang lalu. Semoga dengan penganjuran sesi libat urus siri ketiga ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada peserta Zon Sarawak mengenai pelaksanaan e-invois yang akan mempermudah proses pematuhan percukaian selaras dengan peranan HASiL sebagai pemudah cara pematuhan atau facilitator of compliance.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan dengan perkara ini boleh dimajukan kepada HASiL melalui:

(a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)

(b) HASiL Live Chat; dan

(c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi