Diterbitkan pada 16 Jun 2023, 20:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Alliance Bank Malaysia Berhad telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Sedania Technologies Sdn. Bhd. bagi melancarkan pembayaran penuh untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjadi organisasi tenaga mampan. MoU itu akan menyaksikan Sedania menyediakan kos perbelanjaan awal dan khidmat nasihat kepada pelanggan PKS Alliance Bank dan Alliance Islamic Bank yang layak berkenaan naik taraf pejabat atau bangunan, termasuklah penyaman udara cekap tenaga, pengawal pintar dan rumusan pencahayaan.

Ketua Kumpulan PKS dan Pegawai Perbankan Komersial Alliance Bank, Raymond Chui Keng Leng menyatakan bahawa program itu merupakan inisiatif pertama yang berpotensi untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 20% dan membantu mengelakkan pelepasan 25 juta tan karbon di Malaysia selama setahun. Beliau menambah bahawa mereka sedang membina ekosistem yang mampan melalui perkongsian dengan pemimpin, badan pensijilan dan syarikat yang menyediakan produk dan perkhidmatan teknologi hijau. Program itu juga menawarkan sokongan kepada PKS melalui pendekatan 3A iaitu Advokasi, Nasihat dan Jawapan yang mengesyorkan satu set rumusan ESG kewangan dan bukan kewangan untuk membantu PKS berjaya mengamalkan budaya perniagaan mampan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sedania Innovator Berhad, Danial Rupert menyatakan bahawa PKS Malaysia menyumbang sebanyak 70% pelepasan karbon diosikda. Selain itu, PKS Malaysia juga masih keberatan untuk mengamalkan amalan ESG disebabkan oleh kos. Program itu akan memberikan PKS pengurangan kos dan peralatan pejabat baharu dengan kos ditanggung oleh Sedania, menyediakan tawaran perkhidmatan nilai tambah baharu dan persekitaran yang mempunyai kurang pelepasan karbon. Program itu akan memberikan contoh bahawa pematuhan ESG boleh dicapai dengan faedah ketara dan tanpa kos tambahan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi