Diterbitkan pada 29 Mei 2023, 12:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) akan terus memfokuskan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan segmen runcit sebagai enjin pertumbuhan terutamanya bagi Tahun Kewangan 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Sulaiman Mohd Tahor berkata, kumpulan tersebut juga mahu menumpukan  kepada pengumpulan deposit serta ingin membuka peluang untuk berkembang kepada PKS.

Walau bagaimanapun, perkara lain juga turut diperkukuhkan untuk menumpukan pengumpulan deposit, untuk melihat bagaimana untuk mengimbangkan pertumbuhan bersama-sama dengan pertumbuhan deposit.

Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata AMMB merekodkan pertumbuhan 6.0 peratus dalam deposit pelanggan bagi tahun kewangan 2023 dengan nisbah akaun simpanan (CASA) yang mencecah 37.4 peratus  yang mana merupakan tertinggi dalam industri.

Tambahan beliau , AmBank Group menjangkakan pertumbuhan pinjaman 6.0 peratus bagi Tahun Kewangan 2024 di tengah-tengah kesan asas tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Hal ini sejajar dengan pengembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang perlahan dan unjuran pertumbuhan ekonomi ialah pada 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini berbanding 8.7 peratus tahun lepas.

AmBank Group terus optimis dengan pertumbuhannya bagi tahun kewangan 2024 meskipun terdapat potensi  cabaran luar seperti volatiliti dalam  trajektori pertumbuhan global dan peningkatan ketegangan geopolitik, AmBank Group terus optimis dengan pertumbuhannya bagi tahun kewangan 2024.

“Ketika kami menghampiri kemuncak strategi fokus 8 kami, saya berbesar hati untuk menyatakan bahawa kami telah mencapai kemajuan yang ketara dari segi mengukuhkan pulangan ke atas ekuiti (ROE), mempertajam strategi segmen sasaran kali, meningkatkan pendapatan modal ringan dan menerapkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) ke dalam operasi kami,”-katanya.

Matlamat Ambank Group adalah untuk terus memaksimumkan nilai kepada pemegang kepentingan dan pemegang saham pada masa hadapan.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan itu berkata Ambank Group  adalah untuk merancang melakukannya menerusi penyampaian keputusan  kewangan yang kukuh, terus mengukuhkan rizab modal, penilaian berterusan aset bukan teras dan pengurusan berhemat kos.

Mata wang tempatan iaitu ringgit dijangka mengakhiri 2023 dalam jajaran 4.20-4.30 berbanding dolar AS memandangkan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dilihat berakhir pada Jun depan.

Menurutnya lagi, pengakhiran kenaikan kadar faedah AS akan membawa kepada permintaan terhadap mata wang pasaran yang sedang pesat membangun dan melonjakkan penilaian ringgit lebih tinggi.

“Kami merasakan kenaikan kadar faedah AS akan berakhir pada Jun 2023 dan ekonomi Malaysia juga akan mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding AS pada separuh ke dua 2023, yang mana akan menyokong penilaian ringgit Malaysia,”-jelasnya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi