23 Disember 2022, 22:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Shah Alam – Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menyatakan bahawa pembangunan projek bekalan kuasa dan inisiatif tenaga boleh diperbaharui di Cyberjaya selari dengan cita-cita Selangor yang mahu menjadi negeri pintar menjelang tahun 2025.

Beliau turut menambah pembangunan itu menjadi nadi kepada usaha pendigitalan Selangor sebagai pusat pengkalan data. Beliau menjelaskan bahawa tujuan akhir projek itu bukan hanya menghantar tenaga ke Cyberjaya tetapi juga akan memanfaatkan aliran tenaga yang stabil kepada pusat data yang bakal dibina. Beliau juga menambah Cyberjaya boleh menjadi salah satu daripada pusat data yang akan menjadi nadi utama bagi mencapai matlamat digitalisasi di Selangor.

 

Sesi menandatangani MoU antara wakil Worldwide Holdings iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Norazlina Zakaria dan wakil Dynac Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Md Jasman Bongkek.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Worldwide Holdings Berhad dengan Dynac Sdn Bhd. Projek itu dijangka bermula pada pertengahan tahun depan dan siap menjelang akhir tahun 2024.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.