Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangSemporna, Sabah – Menjunjung prinsip kemakmuran negara dinikmati bersama, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) melalui Kor Penyelaras Pasukan Beruniform (KPPU) melaksanakan Program Retreat 2.0 & CSR 3.0 KPPU HASiL Kasih Prihatin untuk menyantuni Pasukan Petugas Barisan Hadapan (ESSCOM dan Pasukan Polis Marin) serta penduduk di sekitar Madrasah Islamiah Kampung Pulau Mabul Semporna, Sabah pada 25 November 2022.
Program anjuran KPPU dengan kerjasama Pejabat Pengarah Negeri Sabah (PPNS) dan Cawangan HASiL Tawau membuktikan bahawa peranan dan tanggungjawab Keluarga HASiL tidak hanya terhad kepada mentadbir cukai langsung semata-mata, tetapi turut membantu masyarakat serta pasukan petugas barisan hadapan yang bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara.
Program ini merupakan kesinambungan daripada Program CSR Hasil Kasih Prihatin yang telah diadakan sebelum ini dan pada kali ini sumbangan
yang telah disampaikan adalah seperti yang berikut:
KPPU HASiL juga telah dimaklumkan oleh pegawai bertugas ESSCOM di Pulau Bohey Dulang bahawa HASiL merupakan agensi pertama yang mengadakan CSR seumpama ini. Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Jaafar bin Embong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) merangkap Komandan KPPU HASiL kepada YBrs. Ustaz Morshid bin Harun, Mudir Madrasah Islamiah Kampung Pulau Mabul Semporna, Sabah.
Turut hadir menyaksikan penyerahan di setiap sesi penyampaian CSR ialah Tuan Haji Hisham bin Rusli, Pengarah Jabatan Operasi Cukai merangkap Timbalan Komandan BOMBA HASiL, Tuan Fuad bin Ayob, Pengerusi WATANIAH HASiL, Tuan Haji Nasruddin bin Mat Nasir, Pengerusi BOMBA HASiL, Encik Mohamad Razli Mohamad Ali, Pengarah Cawangan Tawau, Tuan Mohamad Asri bin Mohamad Ali, Pengerusi CDERT HASiL, Tuan Haji Mohd Husni Mohd Noor, Pengerusi Persatuan Kebajikan Islam (PERKIS) Cyberjaya dan Encik Zainal Nazim bin Zainal Abidin Wakil Koperasi HASiL (Kohasil).
YBhg. Datuk Mohd Jaafar bin Embong dalam ucapan beliau berkata, “HASiL amat komited meneruskan usaha menyantuni rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat melalui pelbagai bantuan melalui inisiatif tanggungjawab korporat sosial di samping membantu meringankan beban golongan masyarakat B40 serta melahirkan warga kerja HASiL yang prihatin. Pada masa yang sama, HASiL sentiasa akan melaksanakan fungsi dan peranannya secara adil, profesional dan berintegriti sekali gus meningkatkan kutipan cukai negara agar hasilnya akan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia.”
Pelaksanaan serta penganjuran berterusan program seperti ini merupakan tanda sokongan padu HASiL kepada pembangunan modal insan, termasuklah kepada masyarakat luar bandar dan merupakan satu pendekatan strategik HASiL untuk mendekatkan diri kepada masyarakat. Adalah diharapkan agar program CSR seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu Pasukan Petugas Barisan Hadapan yang sentiasa komited berkorban menjaga kedaulatan negara selain dapat meringankan beban bagi golongan yang kurang bernasib baik.