Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, indeks pembuatan meningkat 6.9%, indeks elektrik, (0.8%) dan indeks perlombongan (0.3%).
“Subsektor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan sektor pembuatan pada Mac 2022 ialah produk peralatan elektrik dan elektronik (18.6%), produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (5.6%) dan produk makanan, minuman dan tembakau (4.1%).”
Beliau turut menyatakan bahawa pertumbuhan sektor pembuatan didorong oleh kedua-dua industri berorientasikan eksport iaitu 7.8% dan industri berorientasikan domestik 5.1%.
Jelasnya, peningkatan bagi industri berasaskan eksport didorong oleh pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal serta pembuatan kok dan produk petroleum bertapis. Sementara itu, pertumbuhan bagi industri berorientasikan domestik disumbangkan terutamanya oleh pembuatan produk makanan dan pembuatan logam asas. Menurut beliau, prestasi sektor pembuatan ini juga selari dengan pertumbuhan eksport yang memberangsangkan.